BICARAKAN DI SINI

   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Aug 9, 2007
teknik teknik mengoda suamii

Sebagai isteri, tahukah anda apa yang diharapkan oleh suami dalam menjalin hubungan yang penuh kemesraan lagi hangat? Bagaimana pula sentuhan yang digemari si suami. Sebenarnya di sebalik sifat kelelakiannya, lelaki amat menyenangi sentuhan dan belaian wanita. Bagaimana dapat anda, seorang isteri penyayang, memancing ghairah suami tersayang? Dipersilakan membaca panduan-panduan di bawah.

Elakkan Dahulu

Janganlah anda fikir dengan tanpa seuratpun benang di tubuh anda, anda dapat dengan terus menaikkan ghairah suami anda. Anda seharusnya memakai pakaian malam/tidur yang tipis dan menampakkan bentuk dan lekukan-lekukan tubuh anda – keadaan yang mana anda masih berpakaian tetapi kelihatan seperti 'bertelanjang' beginilah yang dapat menaikkan nafsu suami untuk hebat menggauli anda.

Urai Rambutmu
Terutama bila anda berada di atas tubuhnya. Rambut anda yang lembut terurai berjuntaian dengan perlahan-lahan dapat menaikkan ghairah suami, apatah lagi bila dia terhidu keharuman rambut anda yang sentiasa berada dalam perapian itu.

Senyap Itu Indah

Adalah sesuatu yang membangkitkan hasrat seks lelaki apabila melihat isterinya membuka butang baju perlahan-lahan tanpa sepatahpun kata-kata. Diiringi senyuman mesra manja, suami tidak akan bersabar-sabar lagi untuk meraih anda ke dalam pelukannya.

Sentuhan Sehangat Kuku

Percaya atau tidak; lelaki boleh teransang apabila bahagian ini disentuh. Usaplah dengan lembut dan mainkan dengan bibir anda yang hangat itu. Ghairah birahinya pasti tidak terperi-peri lagi.

Hadiah Sensasi

Isteri dapat meransang keinginan batin suami dengan membakar mata suaminya melalui 'hadiah' yang dianugerahkan. Misalnya, bekas gigitan cinta atau cakaran yang anda tinggalkan di tubuhnya malam tadi membuatkan dia terkenang-kenang kepada anda. Juga, meninggalkan pakaian dalam di tempat tidur untuk kemudiannya dijumpai olehnya dapat menaikkan semula kelelakiannya.

Zon Rasa
Kulit bahagian dalam paha anda mampu meransang suami anda kerana ianya lembut dan mempesonakan pancainderanya. Apatah lagi bila disentuhnya, anda kegelian. Ini akan menyebabkan suami anda berasa lebih 'macho' perkasa.

Daerah Rangsangan
Mudah sahaja caranya: mainkan hujung lidah anda dengan lembut di bahagian luar cuping telinga suami. Gerakkan lidah turun naik di bahagian belakang telinga hingga terus ke leher. Lakukan perlahan-lahan dengan penuh kemesraan.

Sentuhan Kasih Sayang
Kelembutan sentuhan wanita menjadi impian setiap lelaki. Kucupan lembut dan usapan halus menggunakan hujung jemari anda mampu menggoda suami dan menyebabkan dia terkulai manja di dalam dakapan anda.

Bangkitkan Suasana
Selain pancaran sinar malap lampu tidur atau sebatang lilin dan juga alunan muzik yang lembut mendayu, suasana romantis dapat dihidupkan dengan semburan wangian sekitar kamar tidur. Anda diminta mengenakan wangian kegemarannya, minyak aromaterapi, losyen atau kain sutera yang dibiarkan menyentuh lembut kulit suami.

Pesona Pandangan
Tatapan mempesonakan yang penuh perasaan kasih juga sayang terhadap suami anda cukup untuk mempamerkan perasaan anda terhadapnya. Tidak perlu anda berkata-kata, renungan anda yang meruntun itu cukup untuk membuatkan dia terkesima.

Membelai Nyata
Suami akan berasa lebih disayangi jika anda pandai mengusap rambutnya. Apabila duduk bersama, belailah mahkota lebatnya itu. Usaplah perlahan-lahan menyisir dengan jemari anda dari dahi hingga ke belakang lehernya.

Intipan Geram

Perbuatan mengendap merupakan salah satu cara lelaki menaikkan ghairahnya sendiri. Tanpa disedari oleh wanita, dorongan seks lelaki mudah timbul oleh ransangan visual terutama pabila wanita mengenakan pakaian ataupun ketika mandi. Oleh demikian, usah menolak apabila si dia suami anda tiba-tiba mahu bersama anda sebaik sahaja anda melangkah keluar daripada kamar mandi.

Puputan Nafas

Hembusan nafas anda yang hangat akan menaikkan ghairah suami anda. Sentuhlah perlahan bibir anda ke bibirnya. Nafas hangat anda akan menyebabkan dia tidak sabar-sabar lagi mahu mencumbui anda.

Planet G-Spot
Suami juga mempunyai g-spotnya (hot-spot) yang tersendiri. Cari dan terokalah. Pancinglah si dia dengan memainkan peranan anda di zon sensasi miliknya itu .

Elak Sahaja Menyentuh Kelemahannya

Jangan sentuh kelemahan yang ada di tubuh suami anda. Tumpukan pada bahagian yang menjadi kebanggaannya seperti dadanya yang bidang, bahu atau hujung lengannya.

Sepantas Kilat

Bila mana anda mahu membuat suami anda lekas ghairah, ambillah tindakan yang agak agresif. Tarik dia ke sofa dan bertindak secepat kilat. Tetapi, sebelum itu pastikan keadaan sekitar 'selamat.'

Kejutan Halwa Mata

Suami akan mengagumi anda, andai anda senantiasa membuat kejutan dari masa ke semasa untuk disaksikannya. Ini termasuk, membuat perubahan daripada segi penampilan anda, seperti dandanan rambut fesyen terbaru atau mengenakan pakaian dalam yang terseksi yang baru anda temui di gedung atau butik pakaian kegemaran anda.


Posted at 08:59 pm by ayusayang
Make a comment  

lama nya x jenguk sini

selamat petang  hari ini hari yg begitu malang sekali heheehe

try test jer nie

 


Posted at 08:55 pm by ayusayang
Make a comment  

Aug 21, 2006
Apa ada pada jari

APA ADA PADA JARI?

"Apa ada pada jari anda.....apa rahsia jari anda...apa guna jari anda...?????????????''

1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil
laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka & Renung
dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.

3. Put ur hand on the table, perhatikan. Start dari jari kelinking yg
kecil & kerdil, macam manusia & apa benda pun akan start dari kecil
then membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam
seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik
pada usia muda akan beri impact/kesan yang besar pada masa depan.

4. Then tenggok jari kedua, jari manis. Macam tu jugak la degan usia
remaja..semuanya sweet..
manis macam jari manis. Masa remaja kita selalu di duga degan cabaran
& dugaan. Hanyan iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.

5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa
kita. At 30's kita dah punya status & ekonomi & career yang stabil
but
kita kena careful sebab masa ni la banyak "hantu- hantu pengacau"
yang
datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous
dan
macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke
perangkap nafsu dan syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat.

6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan esanya Allah
SWT
ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya
telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2
sebelum ni.
Macam tu jugak degan kita perlu jadi role model to the new
generation.. jadi pembimbing yg kaya degan idea bernas & a great
mind.

7. Lastly renung la ibu jari.. besar/gemuk & pendek compare to the
others but it shows kematangan & kehebatan yg membanggakan.
Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu
jari... nak gengam/pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun
susah. To young generation, nak buat apa2 rujuk la kat org
tua/berpengalaman.
Kalau kita mereka, then boleh la kita say "good"
or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita.

See all ur fingers and renung/fikir dalam2. Dimana anda sekarang"

Posted at 09:36 pm by ayusayang
Make a comment  

Cuti sekolah

Minggu nie cuti sekolah dah bermulaa eemm kurang skit penat pagi2  mana nak urus si abg yg sekolah yang adik nya nak antar umah orgg biasa laa mak Mithali Kuang kuang. Tapi masalah aku sekarang org jaga akan lak cuti balik kg seminggu tuu aduh salihah betul sapa lak nak jaga ank2 aku niee.... terpaksa laa aku ambik cuti dlm 2 hari jg anak yg lebih tu nasib baik ank buah aku tlg jaga walau pun dia penat mangandung sudi gak dia jaga ank akuu Alhamdulliah... tak yah aku cuti panjang lagi pon cuti dah tinggal sikit ler

Hari nie kat opis tinggal 4 org jer semua cutii waa best nya cam opis aku yg punyaaa tp sendiri mau ingat keeje melambakk bebb

cukup lah tuk arinie aku nak g makan gan pakwe jap heheh

 

 

 

 


Posted at 09:00 pm by ayusayang
Make a comment  

rahsia angka 13

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 -         Niat Sembahyang :
      Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.


2 -         Berdiri Betul :
      Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat
kita di dalam kubur.

3 -         Takbir-ratul Ihram :
      Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi
kita di dalam kubur.

4 -         Fatihah :
      Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.


5 -         Ruqu' :
      Sebagai tikar kita di dalam kubur.


6 -         I'tidal :
      Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.


7 -         Sujud :
      Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.


8 -         Duduk antara 2 Sujud :
      Akan menaung panji-panji nabi kita
didalam kubur

9 -         Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
      Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.


1
0 -         Tahhiyat Akhir :
      Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan
oleh Munkar & Nankir di  dalam kubur.

11 -         Selawat Nabi :
      Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.


12 -         Salam :
      Memelihara kita di dalam kubur.


13 -         Tertib :
      Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.


Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :


"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /
Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"


Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...  

 
 

Posted at 08:55 pm by ayusayang
Make a comment  

kesihatan melaui seks

Melakukan hubungan seks dapat membakar tenaga, meningkatkan edaran
darah, mengurangkan kesakitan, menguatkan otot dan mencegah kemurungan
dan akan nampak muda.

Dengan perasaan kasih sayang dan cinta, faedah hubungan seks akan
meningkat dengan berganda. Dua puluh minit kepada lelaki umpama
bermain golf dengan memikul beg sendiri atau bagi wanita umpama lebih
dua puluh minit berjalan atau berbasikal saja. Malah ia boleh diumpama
seperti bermain dua permainan tenis. Begitulah gambaran senaman atau
pembakaran tenaga dalam badan hasil melakukan hubungan seks selama dua
puluh minit.

Kajian yang dilakukan telah mengenal pasti, kepuasan atau Klimaks yang
dicapai oleh lelaki atau wanita mampu mengurangkan atau menghilangkan
rasa sakit. Maka alasan sakit kepala untuk mengelak seks tidak boleh
digunakan lagi. Klimaks yang dicapai oleh wanita pula dapat
menghindarkan kesakitan sakit bulan (Menstrual pain). Hormon hasil
kepuasan dan klimaks (climax) mendatangkan banyak faedah kepada tubuh
badan manusia.

Antaranya adalah proses penuaan dapat diperlahankan (awet muda) hasil
hubungan seks yang memuaskan. Peningkatan aliran darah menjadikan
kulit tegang dan ini melambatkan proses kedutan.

Terdapat juga kajian di US. wanita yang melakukan hubungan seks
sekurangnya sekali seminggu akan mempunyai edaran haid yang tetap dan
lancar, kurang masalah kesuburan dan proses putus haid yang mudah dan
lancar. Perbandingan ini dibuat dengan wanita yang kurang hubungan
seks atau tiada langsung.

Kepuasan dalam seks merupakan ubat penenang bagi mengurangkan tekanan.
Tekanan dapat diredakan hasil hormon yang dirembeskan selepas mencapai
klimaks.

Posted at 08:45 pm by ayusayang
Make a comment  

Aug 11, 2006
lama tak jenguk

lama tak jengukk sini  sian blog aku nie tak berisii ... sekarang nie macam2 ler maasalahh timbull dr kecik sampai besarr ada yg settel ada yg x settel ... apa lehh buatt asam garam kehidupann laaa kt kan


Posted at 02:28 am by ayusayang
Make a comment  

Jun 21, 2006
.JUN

22.JUN HARI NIE MY BESDAY YG KE 29 hehehe dah tua ler aku amalan x cukup lagi hari semakin lewat . Hari nie suami ku buat kejutan dia ambik cuti ari nie sempena hari lahir ku .. terharu rasa nya. tah laa tahun nie lain macam lak dia sebelum nie x ingat pon tarikh lahir aku emm dah insaf kut .. tak pon ingatan dia tahun nie tajam kalau tidak mana dia nak ingat semua tu ...

Posted at 07:33 pm by ayusayang
Make a comment  

Jun 8, 2006
resipi steak

Bahan-bahan utk perap daging

sos tiram

bawang puteh

lada hitam

serbuk paprika

serbuk rosemary

lepas perap dlm 1 jam atau lebih. daging tu bolehlah digrill dlm kuali burger, kalau tak de kuali burger kuali biasa pun leh gakk.. kalau ada kuali non stick tu lagi bagus.

bahan utk sos

sos tiram

lada hitam

bawang puteh

air rebusan daging or tulang or apa-apa jelah(kalu tak de masukkan air paip jelah...)

tepung jagung

daun bay

tumis bawang puteh hingga kekuningan, masukan daun bay, pastu masukkan air rebusan (bawang puteh tu jgn blend, tak sedap., ketuk sekali ngan kulit) masukan sos tiram dan lada hitam. kalu suka boleh masukkan lada sulah skit, rosmery & paprika.masukan garam,@ apa perasa yg puans suka (aji ke gula ke, i tak buh gula, husband i x suka, ) Bila dah mendidih masukan tepung jagung yg dah dibancuh ngan air, sambil kacau, kalau tak kuah tu akan berketul. kalau suka kuah pekat lebihkan tepung jagung, kalau tak suka pekat buh skit je. Kalau nk campur sayur lam sos ni pun leh gak. i suka campur carrot and cendawan butang (dlm tin). kalau nk buh sayur buh kt last-last, kalu buh awal2 nanti jadi bubur plak.

** serbuk paprika tu dah ada rasa garam, ajinomoto dan cili. rasa dulu sebelum buh garam. karang terjengil mata husband u all.

SELAMAT MENCUBA!!!!!


Posted at 09:12 pm by ayusayang
Make a comment  

Buat Pedoman di hari jumaat

SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.


Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan (1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah (2)
perempuan yang digantung dengan lidahnya dan (3) tangannya dikeluarkan daripada punggung dan (4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana (5)
perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Ada pula (6)
perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Selain itu, Baginda melihat (7)
perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Baginda juga melihat (8)
perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.
Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah (9)
perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai
. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang (10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.


Posted at 08:44 pm by ayusayang
Make a comment  

Next Page